KaNaK- KanAk dAn PemBelAjaRaN...
Matlamat Pendidikan Prasekolah adalah untuk menyediakan
pengalaman pembelajaran kepada murid-murid prasekolah pada awal proses
pembelajaran sebelum melangkah ke alam persekolahan sebenar di tahun satu. Pembelajaran melalui kaedah bermain merupakan
salah satu cara murid-murid prasekolah ini belajar, mengikut Piaget dalam Nor Hashimah dan Yahya (2004), semasa bermain kanak-kanak
menggunakan daya imaginasi dan daya imaginasi inilah yang membantu kanak-kanak
berkembang dan mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya.
Ini membuktikan bahawa pembelajaran kanak-kanak tidak
boleh hanya diliputi oleh kaedah konvensional atau lebih dikenali sebagai “talk
and chalk” semata-mata.
Begitu juga dengan pembelajaran huruf yang semakin
dititikberatkan pada masa ini. Ini dibuktikan
dengan adanya program LINUS yang sedang giat dilaksanakan untuk mengatasi
masalah penguasaan membaca, menulis dan mengira dalam kalangan murid tahun
satu. Isu ini timbul ekoran tahap
penguasaan huruf yang lemah dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Kaedah pembelajaran huruf di prasekolah
selalunya menggunakan kaedah hafalan.
Kaedah ini sangat lazim digunakan menyebabkan murid berasa bosan dan pembelajaran
yang tidak menyeronokan. Selain itu, ada
juga antara guru yang hanya mengajar huruf secara langsung tanpa menggunakan bahan
bantu mengajar yang kreatif dan menyeronokan.
Hal ini menyebabkan murid hanya menghafal sebutan dan bunyi huruf tanpa
dapat mengenal pasti huruf-huruf dan membezakannya.
Pendapat John Amos Comenius seperti
dinyatakan dalam Nor Hashimah dan Yahya, (2004) bahawa pendidikan perlu memberi
pengalaman pembelajaran yang positif termasuklah kebebasan, kegembiraan dan
keriangan. Jelas menunjukkan bahawa unsur
keseronokan dalam pengajaran dan pembelajaran perlu diperbanyakan. Salah satu unsur keseronokan yang boleh
diterapkan adalah bermain. Dengan
bermain kanak- kanak mampu berkembang
secara optimum. Selari dengan pendapat Joan dan Mary (2006) bahawa “Play enables children to construct
understandings of their world from their own experiences and strongly
influences all aspects of their growth, development, and learning”. Melalui
pendapat ini tadi dapat dirumuskan bahawa bermain itu sendiri mempunyai
pengaruh yang besar dalam diri kanak-kanak. Bermain juga memberikan pengalaman
dan sekaligus memberi kesan ke atas perkembangan dan pembelajaran mereka. Selain daripada bermain, unsur didik hibur
lain juga boleh diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk
mewujudkan keseronokkan dalam pembelajaran. Antaranya adalah muzik dan nyanyian. Jo Ann (2004) berpendapat muzik adalah
seperti seni ia adalah asas kepada pembelajaran, pengalaman dan komunikasi.
Jelas di sini bahawa muzik itu
memberikan pengalaman yang bermakna serta pengajaran kepada kanak-kanak
sekiranya diterapkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran yang menerapkan unsur nyanyian akan
banyak membantu murid mengingat apa yang dipelajari, di samping memberi pengalaman
pembelajaran yang menyeronokan.
Penguasaan huruf dalam kalangan
kanak-kanak prasekolah juga boleh ditingkatkan apabila unsur keseronokan diterapkan
dalam pembelajaran. Menurut Husin et.al (2011), proses pembelajaran
dan pengajaran KIA2M perlu menyerapkan
aktiviti mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK), Pendidikan
Muzik dan Pendidikan Seni Visual (PSV).
Penyerapan aktiviti seumpama ini dalam pengajaran dan pembelajaran KIA2M
adalah dengan mengambil kira aspek perbezaan individu di samping mengelakkan
pembelajaran yang membosankan.
teknik nyanyian yang merupakan salah satu unsur didik hibur ini mampu membantu
mewujudkan pengalaman seronok semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sekaligus dapat membantu murid mengingat dan
menguasai huruf dengan lebih cepat.
Husin et.al (2011), menjelaskan
bahawa menurut Hukum Kesan Thorndike (Thorndike
Law of Effect), sebarang tindakan
yang menghasilkan kesan memuaskan dan menyeronokkan mempunyai kemungkinan untuk
diulang. Hal ini akan membantu murid
dalam mengingat kembali pengajaran dan pembelajaran yang telah diajar di
prasekolah. Hal ini membantu guru
menangani masalah penguasaan 26 huruf serta merancang proses pengajaran dan
pembelajaran yang menyeronokkan di prasekolah.
Noraini Idris (2001),
berpendapat pengurusan rangsangan muzik nyanyian dalam proses pengajaran dan
pembelajaran amat disarankan sebagai alternatif menjadikan kaedah
pengajaran tidak mendatar dan
membosankan. Selain itu unsur nyanyian dalam
elemen muzik juga boleh digunapakai sebagai medium untuk mengajar di dalam
kelas. Menurut Kamus Dewan Edisi Pertama(1989),
nyanyian bermaksud gubahan muzik yang dilagukan dengan suara. Aktiviti nyanyian
ini boleh membantu murid mendapat pengalaman seronok semasa belajar sekaligus
mengingatnya untuk jangka masa yang lama.
Sepertimana menurut Gilbert (1951) dan Gustad (1953):
Gustad (1953)
Kedua dua definisi ini menitikberatkan
hubungan dua hala antara murid atau klien yang mana kaunselor sebagai pemandu
arah kepada klien dalam membuat keputusan dalam menangani masalah mereka. Selain
itu, tokoh-tokoh lain juga turut memberi pendapat. Antaranya adalah Blocher
(1974) yang mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong
individu supaya lebih sedar tentang
dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. James
(1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang
lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya,
membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.
KaUnSeLing
Kaunseling berasal dari perkataan bahasa Inggeris “Counselling”. Kaunseling merupakan satu proses perhubungan sistematik yang membantu klien dalam memahami dan menyelesaikan sendiri masalah yang dihadapi oleh mereka. Pendapat berkenaan definisi dan takrifan kaunseling adalah amat luas. Tafsiran ini dibuat berdasarkan pendapat dan cara pemahaman tokoh-tokoh kaunseling berkenaan kaunseling itu sendiri.|
Counselling ia a dinamic
purposeful relationship between two people in which procedures vary with
the nature of student’s need. But in which there is always matual
participation by the counselor ant the student with the facus upon self
clarification and self determination by the student. (Gilbert, 1951)
|
|
Counselling ia a
learning-oriented process, carried on in a simple one to one social
environment, in which a counselor,professionally competent in relevant
psychological skills and knowledge, seek to assist the client by methods
appropriate to the latter’s need...to learn more about himself, to learn
how to put such understanding into effect in relation to more clearly
perceived, realistically defined goals to the end that the client may
become a happier and more productive member of his society (Gustad
1953)
|
Manakala Aziz Salleh (1996) melihat
kaunseling dari perspektif islam yang menyatakan bahawa kaunseling merupakan suatu
khidmat perhubungan di antara seorang klien
yang mempunyai masalah psikologikal dengan seorang kaunselor terlatih
untuk membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadapi.
Jelas
ditunjukkan di sini bahawa kaunseling itu sendiri bermatlamat bukan semata-mata
menyelesaikan masalah klien akan tetapi ia lebih kepada memberi bantuan kepada
klien untuk mengenal dengan lebih dekat masalah yang mereka hadapi dan memberi
pilihan jalan kepada klien untuk menyelesaikan masalah mereka
Matlamat Kaunseling
Kaunseling
mempunyai beberapa matlamat menurut Mizan dan Halimatun (2002) Antaranya adalah
seperti berikut:
Seperti
yang kita lihat dalam gambarajah 1.1 tadi, kaunseling bertujuan untuk memudahkan perubahan tingkah
laku klien yang mana perubahan yang dilakukan adalah sejajar dan sesuai dalam
menangani persekitaran yang kurang stabil pada klien. Perubahan ini tidak
semestinya besar, akan tetapi cukup untuk memudahkan klien dalam menyesuaikan
tingkah laku mereka dengan perubahan persekitaran yang baru. Kedua, adalah mengajar
klien agar menjadi lebih bertanggungjawab ke atas diri mereka. Di sini konteks
bertanggungjawab lebih kepada rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri. Apabila
klien mempunyai rasa tanggungjawab ini, mereka akan cuba dan berusaha untuk
menyelesaikan masalah.
Ketiga, Memperbaiki imej negatif
yang ada pada diri mereka. Pada fasa ini kaunselor akan membimbing klien dalam
membentuk imej positif dan mengurangkan ciri-ciri negatif pada diri mereka. Keempat, kaunseling bermatlamat untuk mengajar klien
untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. Penyesuaian diri ini diambilkira dari
segi penyesuaian diri dengan orang lain mahupun persekitaran. Penyesuaian ini
penting kerana dari sinilah konflik mula timbul iaitu akibat keadaan
persekitaran yang kurang sesuai, klien perlu tahu bahawa persekitaran tidak
boleh untuk mengikut kesesuaian mereka bahkan merekalah yang sepatutnya
menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Kelima, kaunseling turut membantu
klien untuk menjadi lebih produktif. Produktif di sini merujuk usaha dan jalan
kepada pencapaian yang memuaskan baik dari segi harapan klien mahupun impian
kehidupan mereka. Keenam, membimbing klien dalam mencari dan memupuk sumber
dalaman, Di sini, kaunselor berfungsi sebagai agen penyedar kepada klien bahawa
setiap individu mempunyai kelebihan dan begitu juga dengan dirinya. Seterusnya
kelebihan ini akan digunakan oleh klien dalam menyelesaikan masalah mereka.
Kaunseling ini juga bermatlamat
untuk mempertingkatkan kemampuan klien dalam menyelesaikan masalah. Ini kerana proses membuat keputusan dan
penyelesaian bukanlah terletak pada tangan kaunselor, akan tetapi pada klien
itu sendiri, Kaunselor hanya membimbing klien dalam memilih jalan dan cara
dalam penyelesaian manakala klienlah agen utama dalam memilih.
Akhir sekali, kaunseling
bermatlamat untuk membantu klien
menyelesaikan masalah yang belum selesai dalam hidupnya dan kemungkinan besar
wujud keadaan di mana kelemahan seperti kekeliruan, kerunsingan, kemarahan dan
salah faham lahir sama ada kecil atau besar yang berlaku pada masa dahulu perlu
dilihat kembali, diatasi atau dihadapi. Oleh itu, kaunselor berperanan dalam
membimbing klien melalui proses ini.
Kaunseling
Individu
Kaunseling
individu merupakan kaunseling yang dijalankan antara seorang klien dengan seorang
kaunselor secara bersemuka. Kaunseling ini tidak melibatkan pihak lain dalam
sesi kaunselingnya. Beberapa tokoh turut menyatakan pendapat mereka berkenaan kaunseling
antaranya adalah seperti:
Zuraidah Abdul Rahman (2002)
telah mentaktifkan kaunseling individu sebagai satu perhubungan yang bersemuka
di mana seseorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor.
Muhd Mansur Abdullah (1993)
mendapati kaunseling individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, hubungan
bersemuka antara dua manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan yang
ada padanya menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya
mengenali dirinya sendiri, membuat keputusan dan pemilihan bagi memenuhi
keperluan diri mereka sendiri.
Kaunseling Individu boleh diringkaskan sebagai satu jenis
kaunseling yang melibatkan seorang klien dan seorang kaunselor dalam satu
perhubungan bersemuka yang bertujuan untuk membantu klien dalam mencari jalan
penyelesaian masalah.
Jenis-Jenis Kaunseling Individu
Terdapat empat jenis
kaunseling individu, Antaranya adalah seperti berikut:
a) Kaunseling akademik
b) Kaunseling kerjaya
c) Kaunseling pemulihan
d) Kaunseling peribadi
Peringkat Kaunseling Individu
Berikut
merupakan antara peringkat-peringkat kaunseling gabungan model Mizan Adiliah
dan Halimathun(1997) dan Peterson dan Nisenholz (1995):
Menyediakan Prasesi
Pada peringkat ini,
kaunselor perlu bersedia dan mengetahui sedikit sebanyak berkenaan klien.
Proses ini boleh dimulakan dengan memberikan borang atau biodata untuk diisi
oleh klien
Membentuk Hubungan
Pada peringkat ini,
kaunselor perlu mencuba untuk membina hubungan yang baik dengan klien antaranya
kaunselor perlu bijak dalam memain peranan dalam komunikasi agar klien berasa
selesa dengan mereka
Penilaian Masalah
Pada peringkat ini,
kaunselor perlu meneliti setiap butir masalah yang klien utarakan dan menilai
serta menganalisis masalah untuk klien kenalpasti punca utama permasalahan
Penyataan Masalah
Pada peringkat ini kaunselor
bersama klien akan meneliti semua maklumat yang telah dikumpul dan setelah
dipersetujui kaunselor akan membentuk matlamat yang hendak dicapai oleh klien
setelah mengetahui punca masalah. Matlamat ini penting bagi panduan dalam sesi
kaunseling dan boleh juga dianggap sebagai perubahan yang ingin dicapai oleh
klien
Pelan Tindakan
Pelan tindakan dibuat hasil
perbincangan kaunselor dan klien
bagi membincangkan alternatif yang dipilih dengan mengambil kira kelebihan dan
kekurangan setiap pilihan.
Menamatkan Sesi
Apabila sesi kaunseling
selesai, kaunselor perlu menamatkan sesi dan perlu memastikan objektif klien
tercapai semasa dalam proses kaunseling.
No comments:
Post a Comment